Fakulti Pendidikan, UTM

 
 


Pusat Sumber
Fakulti Pendidikan, UTM
C14-115

Ketua Makmal
En Abdul Razak b. Idris
p-razak@utm.my
samb : 34423 / 07-5534423

Staf bertugas
En Azmi bin Samuri
Samb : 34475

 

sebarang masalah berkaitan sistem, sila hubungi megataman@utm.my /
07-5534363

Login Admin

 
 

Maklumat umum No perolehan : 927,   Pendidikan Islam, Tahun : 1998,   1 , Status : Telah Dilupuskan  
Nama pengarang Samsudin Karnaian 
Nama Penyelia Tiada Rekod
Tajuk Pemotong Papan Gatung (mounting Board Cutter) 
Abstrak Bahasa Malaysia Penciptaan alat Pemotong Papan Gantung ini adalah untuk mengatasi masalah kesukaran memotong papan gantung yang biasanya digunakan oleh pelajar-pelajarnya untuk membuat model sama ada seni bina atau model alatan dan mesin serta untuk tugasan-tugasan tertentu yang memerlukan penggunaan papan gantung. Selain itu bagi guru-guru juga menggunakan papan gantung untuk membuat alat bantu mengajar. Alat Pemotong Papan Gantung ini diuji dengan melakukan ujikaji sudut kecondongan mata pemotong, sudut mata pemotong, saiz mata pemotong dan penilaian semula berbentuk soal selidik. Keputusan dan ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa sudut mata pemotong yang sesuai ialah 30 darjah, sudut kecondongan mata pemotong ialah 45 darjah dan saiz ,mata pemotong yang sesuai ialah 10mm. Hasil daripada soal selidik pula menunjukkan bahawa alat Pemotong Papan Gantung ini mempunyai ciri keselamatan yang baik, selesa, mudah alih, mudah dikendalikan, lebih cepat dan hasil pemotongannya adalah kemas.  
Abstrak Bahasa Inggeris The creation of the mounting board cutter is to eliminate the problems faced by students when cutting mounting board for their projects, be it an architecture, model making or any assignment that require the use of mounting board. Teachers are also known to use these materials for their teaching aids. The mounting board cutter was tested through an experiment while reevaluation was done with the use of questionnaire. Experiment done was to determine the appropriate incline angle of the cutter, blades angle and the size of the cutter to ensure it will produce smooth and satisfactory results. Results from the experiment indicates that the appropriate cutter’s angle is 30 degree, incline angle for the blade is 45 degree while the suitable cutter’s size is 10mm. Data collected from questionnaire reveals that the mounting board cutter has good safety features, portable, user friendly, comfortable to use, faster and it produces a smooth edge. 
Fail pdf   tiadarekodpdf.pdf 


© Hakmilik Fakulti Pendidikan,Universiti Teknologi Malaysia